PENGENALAN

KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN KPTM

SELAMAT DATANG KE KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN

KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN KPTM

 

KURSUS DI TAWARKAN DI KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN

KURSUS SIJIL MULTIMEDIA KREATIF (ANIMASI)

KURSUS SIJIL PELUKIS PELAN SENIBINA

 

KELAYAKAN KEMASUKAN

Warganegara Malaysia dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau setaraf dengannya. Calon-Calon dari kalangan penduduk setempat akan diberi keutamaan. Kelayakan lain yang setaraf dipertimbangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

 

KURSUS PENDEK

Warganegara Malaysia dan boleh menulis dan membaca.

 

SYARAT PENGANUGERAHAN

Untuk kelayakan dianugerahkan Sijil dari Kolej Komuniti, pelajar diwajibkan mengambil sejumlah kredit tertentu.

Syarat bagi penganugerahan bagi program bukan formal bergantung kepada Kolej Komuniti berkenaan

 

KEMASUKAN

Dua Kali setahun iaitu Januari dan Julai. Keterengan lanjut sila hubungi pihak Kolej Komuniti melalui Pegawai Pengambilan Kolej iaitu Puan Salamah Bt Ijam untuk mendapatkan maklumat lanjut atau melayari www.bpkk.edu.my.

 

KEMUDAHAN ASRAMA DAN TEMPAT TINGGAL

 

Kolej Komuniti tidak menyediakan kemudahan asrama/penginapan kepada pelajarnya.

 

Bantuan yang sewajarnya akan diberi untuk mendapatkan rumah-rumah sewa yang berdekatan untuk disewa oleh pelajar-pelajar berkenaan

 

 

 

KEMUDAHAN TEMPAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA MAKMAL

 

Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, Kolej Komuniti menyediakan kelas-kelas, makmal-makmal dan bengkel-bengkel yang dilengkapi dengan peralatan yang bersesuaian dan terkini seperti Projector, OHP dan Komputer atau Notebook.

                                                           

Bagi bengkel-bengkel yang belum lengkap sepenuhnya, bengkel-bengkel luar seperti bengkel sekolah teknik atau bengkel luar yang mempunyai kemudahan dan peralatan yang diperlukan akan digunapakai

SEJARAH PENUBUHAN KOLEJ KOMUNITI

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen.

 

Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

 

Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Sehingga tahun 2005, sebanyak 34 buah Kolej Komuniti telah beroperasi di seluruh negara. Lebih banyak Kolej Komuniti sedang dirancang pembinaannya secara berfasa dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) bagi membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan objektif penubuhan Kolej Komuniti.

Pada Mac 2004 Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia ditukarkan di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

 

 

YURAN PENGAJIAN 

 

Yuran yang dikenakan untuk kursus sijil Kolej Komuniti adalah seperti berikut :

 

Bil

Perkara

Jumlah bayaran

Cara bayaran

1

Yuran pengajian

(berulang setiap semester)kecuali pelajar menjalani latihan industri

RM 200.00

Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pengetua Kolej Komuniti berkenaan.

 

 

 

PINJAMAN

 

Kolej Komuniti tidak menyediakan bantuan kewangan bagi pelajar yang mengikuti pengajian di Kolej Komuniti.

 

Pelajar Kolej Komuniti adalah layak untuk memohon pinjaman Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) sebanyak RM 3000 setahun. Pelajar juga boleh memohon biasiswa atau pinjaman daripada penaja-penaja yang lain.  

 

 

Hakcipta Terpelihara 2006 Kolej Komuniti Teluk Intan